Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera,
saya ada pemilik MOHD IZAN CHANNEL.
Kandungan dalam saluran Youtube ini sebenarnya pelbagai.
Tetapi, mungkin lebih menjurus kepada video seni bina rumah lama atau klasik , bangunan lama dan sewaktunya.
Saya ambil kesempatan ini memohon izin dan salam kemaafan daripada pewaris rumah klasik dan tradisional yang saya telah tontonkan dalam youtube dan media sosial saya tanpa kebenaran.
Niat saya adalah supaya walaupun rumah-rumah
tersebut telah usang ataupun roboh.
Sekurang-kurang masyarakat akan mengetahui rumah tersebut pernah megah dan indah pada ketika dulu.
Contohnya ukiran pada tingkap, jenis-jenis kerawang, gerbang rumah.
Biar jadi tatapan untuk generasi akan datang untuk jadi rujukan jenis-jenis rumah yang wujud klasik pada ada ketika dulu.
Selain itu, seni bina bangunan lama milik individu atau kerajaan juga diabadikan sebagai kenangan-kenangan .
Mungkin sekarang megah berdiri, satu hari mungkin akan hilang dari pandangan.