in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c
Terima kasih kepada Channel Youtube Bahar Fishing Gang berkongsi narasi ni. Ia sedikit banyak mewakili perasaan konten kreator mancing. Perasaan memancing dengan dan tanpa kamera memang berbeza. Korang kena tengok dan hadam apa yang cuba disampaikan oleh Bahar Fishing Gang, yang bagi aku salah seorang pembuat konten memancing terbaik di Malaysia.
https://www.youtube.com/watch?v=Ot9hZ...
https://www.youtube.com/watch?v=Ot9hZ...
https://www.youtube.com/watch?v=Ot9hZ...
6 - 2
Tahun 2024 merupakan masa yang paling produktif aku membuat konten memancing di Youtube. Momen-momen terbaik memancing sudah selayaknya disatukan dalam satu kompilasi untuk tontonan semua. Selamat menonton!
https://youtu.be/qCUvNW92N8o
https://youtu.be/qCUvNW92N8o
https://youtu.be/qCUvNW92N8o
14 - 6
Sejarah tercipta di Padang Kota Lama. Rekod pari 10,4KG berjaya dinaikkan oleh angler menggunakan set up ultralight. Kejadian ini sempat viral beberapa hari terakhir di tiktok dan Facebook. Tetapi laporan penuh kejadian hanya ada di channel Youtube Buntal Hunter Fishing. Saksikan di sini:
https://youtu.be/L7dRjRtuHy0
https://youtu.be/L7dRjRtuHy0
https://youtu.be/L7dRjRtuHy0
18 - 13
Setelah empat bulan kumpaw di spot Padang Kota Lama, akhirnya kali ini aku berjaya menaikkan seekor talang. Kalau dah terrer, ikan strike pun tak perlu lekat di mata kail. Selamat menonton dan semoga terhibur.
https://youtu.be/aFoINPLsCjc
https://youtu.be/aFoINPLsCjc
https://youtu.be/aFoINPLsCjc
17 - 3
Kawan ni sampai bersalawat selepas tahu yang memakan jig dia ialah siakap liar gorgon. Saksikan bagaimana siakap seberat 4.2kg berjaya dinaikkan dengan menggunakan set ultralight.
https://youtu.be/UfC06cYh7jo
https://youtu.be/UfC06cYh7jo
https://youtu.be/UfC06cYh7jo
20 - 0
17 September 2024 Penang dilanda ombak besar dan angin ribut yang luar biasa. Aku yang turun memancing pada hari itu berhadapan dengan situasi di antara hidup dan mati ketika disapu ombak dan terjatuh ke laut yang menyebabkan aku hampir lemas. Kejadian ini membuat aku sedar kesalahan dan kebodohan yang tidak mengutamakan keselamatan. Harap pengalaman ini menjadi pengajaran kepada aku dan kawan-kawan pada masa hadapan.
Detik-detik cemas ketika aku disapu ombak dan terjatuh ke laut terakam dalam video ini.
https://youtu.be/iCNlTg7RDlk
https://youtu.be/iCNlTg7RDlk
https://youtu.be/iCNlTg7RDlk
9 - 4
Selepas lebih dari dua bulan kumpaw landbase, sekali dia bagi gasak kaw-kaw. Musim ebek telah tiba!
https://youtu.be/YZcUYFfcviQ
https://youtu.be/YZcUYFfcviQ
https://youtu.be/YZcUYFfcviQ
21 - 2
Buntal Hunter Fishing Memancing di Jepun!!! Nantikan video pertama pengalaman aku memancing di Jepun. Malam ini (Jumaat, 26 Julai 2024) pukul 8.00 malam.
23 - 6
Aku berjaya memecahkan rekod ikan paling besar aku pernah naikkan menggunakan set ultralight di Pulau Rimau. Satu pengalaman yang mungkin hanya berlaku sekali seumur hidup. Silahkan tonton video terbaru Buntal Hunter Fishing.
https://youtu.be/HzbC14qfE8Y
https://youtu.be/HzbC14qfE8Y
https://youtu.be/HzbC14qfE8Y
17 - 6
Ini kali pertama aku mengalami peristiwa di mana ketika ikan yang berjaya dinaikkan hanya tinggal separuh sahaja. Badan dan ekor telah dimakan oleh monster ketika ikan masih di dalam air lagi. Biasa jika tonton video memancing menaiki boat, ada juga perkara sebegini berlaku. Tapi kali ini aku alami ketika memancing landbase sahaja di pulau Rimau. Yang peliknya, seekor alu-alu saiz remaja yang menjadi mangsa. Mungkin ini lah yang dikatakan sebagai karma.
Banyak kejadian-kejadian yang luar biasa dalam trip solo aku kali ini. Saksikan trip menebing solo aku di pulau Rimau yang penuh drama bahagian pertama...
https://youtu.be/02GjEFz12eE
https://youtu.be/02GjEFz12eE
https://youtu.be/02GjEFz12eE
11 - 2
fishing, recreational fishing, rod fishing, ultralight jigging, penang ultralight, ultralight penang, angler penang, landbase fishing, landbase jigging, mancing santai, mancing pinggiran, tuas, unjam, pulau rimau, pulau keramat, kayak fishing, padang kota lama, persiaran karpal singh, jambatan pulau pinang, pulau kendi, pulau aman, buoy kuning, pantai pasir panjang, ebek, talang, baby GT, kerapu, boron, jenahak, tongkol, mancing mania