AADK TV adalah saluran YouTube rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan berperanan menyalurkan maklumat berkaitan rawatan dan pemulihan dadah yang cepat, tepat, padat dan mutakhir. Saluran AADK TV juga berfungsi menyampaikan maklumat agensi dan mendidik serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan penyalahgunaan dadah.
Terdapat tujuh segmen menarik disiarkan menerusi saluran AADK TV seperti Berita AADK, Hi AADK, Khabar Dari PTj (Pusat Tanggungjawab), Selami Jiwa Kami, Lebih Baik Cegah, Ask Mr. AADK dan Bicara AADK.