No content on this channel :c try Try Looking at shorts maybe lol :p
Hye, nama saya Afiq Ipin, saya seorang pelabur hartanah yang bermula sebagai ejen takaful di usia 20 tahun. Saya sangat suka bidang kewangan dan hartanah. Alhamdulillah, seawal umur 25 tahun saya berjaya menjana pendapatan sebanyak 6 angka setahun.
Di sekolah kita diajar cara untuk mendapatkan kerja dan memperolehi gaji yang tinggi. Akan tetapi, amat jarang kita di ajar tentang ilmu pengurusan kewangan dan pendapatan. Akhirnya menyebabkan ramai individu yang kita jumpa walaupun mempunyai gaji mencecah 5 angka sebulan tetapi tetap terjerumus kedalam masalah kewangan.
Oleh itu, saya tubuhkan channel ini sebagai rujukan kepada anak muda atau sesiapa sahaja yang mencari ilmu untuk pengurusan kewangan yang lebih cekap dan mantap.
Jangan lupa untuk subscribe tau!