PENGENALAN
Tadika Islam telah diserahkan secara rasminya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkuatkuasa pada 1 Januari 2009. Ini berdasarkan keputusan Mesyuarat MAIWP kali ke-104 tahun 2008. Serentak dengan itu, 78 buah tadika islam iaitu 74 buah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta 4 di Wilayah Persekutuan, Labuan ditadbir secara langsung oleh MAIWP.
Majlis penyerahan secara rasminya telah disempurnakan pada 18 Mac 2009 yang disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP ketika itu. Simbolik penyerahan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Meharomi bin Haji Muhamad, Timbalan Pengarah (pengurusan) JAWI kepada YBhg. Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.