Pondok Karya TV adalah sebuah channel untuk mengupas segala kisah perjalanan seorang Pelakon, Pengarah dan juga Penulis Skrip iaitu Raja Azrey. Beliau dikenali menerusi peranannya dalam filem-filem seperti Blok 404 dan beberapa drama serta telefilem tempatan. Selain berlakon, Raja Azrey juga merupakan pengasas Akademi Raja Azrey (ARA), yang bertujuan mengasah bakat baru dalam bidang lakonan.