Dewan De’ Orchid adalah dibawah pengurusan syarikat De’ Orchid Entreprise. De Orchid Entreprise adalah anak syarikat Cremorne Sdn Bhd, milik syarikat bumiputera yang ditubuhkan sejak tahun 1980. Terdapat 2 lokasi dewan De’ Orchid yang beralamat di Gombak Setia dan M3 Shopping Mall, Taman Melati.
De’ Orchid Gombak telah beroperasi sejak tahun 2016, dewan ini adalah dewan marquee tent yg elegan dan eksklusif dengan hiasan deco dan fasiliti yang dalam keadaan yang baik. Dewan De’ Orchid M3lati bermula sejak 2019, terletak di M3 Shopping Mall adalah dewan perkahwinan di dalam pusat membeli-belah. Jarak antara kedua-dua dewan ini hanya 500 Meter sahaja.
De’ Orchid memegang prinsip ketelusan servis dan kepuasan hati pelanggan. Kami mengutamakan De’ Orchid memudahkan urusan pelanggan dan memastikan majlis berjalan lancar.