in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c
Apa? Pokok Tolong Manusia?
Woaahh! Kalau kawan-kawan nak tahu, pokok sebenarnya baaanyak memberi manfaat kepada manusia dan iklim dunia tau. Nak tahu sebab apa? Sebab, tumbuhan seperti pokok ini akan mengeluarkan oksigen untuk sistem pernafasan manusia dan haiwan!
Aha, cuba bayangkan kalau sesebuah kawasan itu kekurangan tumbuhan? Macam mana agaknya kawan-kawan nak dapatkan oksigen untuk bernafas, ya? Haaa, sebab itulah kita kena tanam pokok banyak-banyak tau. Tumbuhan hijau inilah yang akan bantu kita nanti!
Haaa! Ada tak kawan-kawan di sini yang suka menanam pokok? Like post ni dan komen ‘SAYA’ di bawah tau!
106 - 0
Ops Saman!
Alamak! Tak pasal-pasal kena tahan dengan polis trafik pula. Haaa! Kawan-kawan tahu tak, menunggang motosikal melebihi had maksima merupakan suatu kesalahan jalan raya? Ini kerana, tindakan tersebut akan mengancam nyawa penunggang dan pembonceng, serta pengguna jalan raya yang lain juga tau!
Sekiranya ia berlaku, kawan-kawan boleh dikenakan kompaun atau denda mengikut jenis kesalahan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987. Aaaa takutnya! Jadi, berhati-hatilah di jalan raya, ya semua!
Haaa! Kawan-kawan nak lagi post yang lebih menarik? Jom ikuti media sosial Ana Muslim di:
Laman Web: www.anamuslimshop.com.my/Instagram: www.instagram.com/anamuslimofficial/Facebook: www.facebook.com/anamuslim.myEmel: contact@blue-t.com.my
81 - 0
PON! PON! PON!
Haaa kawan-kawan! Parking awam ini kan kemudahan bersama. Jadi, kita kenalah bertimbang rasa antara satu sama lain tau. Fikirkanlah juga kepentingan pengguna yang lain.
Aha, lagi satu, dah nama pun hidup bermasyarakat, mestilah kita kena berlaku adil terhadap semua pengguna jalan raya, kan? Barulah hidup harmoni tanpa persengketaan! Tak gitu? Heee…
Haaa! Bagaimana pula dengan pendapat kawan-kawan? Kongsilah dengan Ana di ruangan komen. Ana janji Ana akan baca satu-satu, okay!
63 - 1
Psstt! Cuba kawan-kawan perhatikan ibu bapa masing-masing ketika memandu, pernah atau tidak mereka memandu sambil bermain telefon bimbit? Ayokk! Kawan-kawan tahu tak, pemanduan sambil menggunakan telefon bimbit boleh meragut nyawa dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya tau! Hah? Bahayanya! Lebih-lebih lagi apabila memandu di kawasan tumpuan kanak-kanak misalnya di kawasan sekolah.
Oleh itu, ibu bapa jangan sesekali bermain telefon bimbit ketika memandu tau. Beringatlah sebelum kena, hargai nyawa orang tersayang! Kawan-kawan pesanlah pada ibu bapa masing-masing, ya!
Kejap… Lagi satuu… Kawan-kawan jangan lupa ikuti media sosial Ana Muslim di:
Laman Web: www.anamuslimshop.com.my/Instagram: www.instagram.com/anamuslimofficial/Facebook: www.facebook.com/anamuslim.myEmel: contact@blue-t.com.my
60 - 2