in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c
Kita simpan kenangan..
Al kisah semalam, cikgu whatsapp tak siap kerja sekolah.
Bila tanya kat rumah, jawapan dia, mesti dah siap kat sekolah. Pastu takda kerja sekolah.
Malas nak bising-bising dah. Umur makin meningkat ni. Mama serah je kat polis.
Elok lak polis bagi kerjasama padu.
Yang datang bawa gari tu tak menahan.. Yang dah tunjuk lokap tu lagi huru-hara syauqi, Yang standby kereta polis tu merealisasikan hajat mama nak bentukkan Syauqi anak comel ni.
Alhamdulillah semalam seharian tak pegang dah hp.
Kerja sekolah dah siap. Semoga kekal la hendaklah.
Sumber/Kredit: syuhadazahri_911
504 - 24
Aku kerja polis ,Kerja kat Penang.
Tak payah aku mention balai mana,
Masa tengah kerja dapat call, untuk ambil satu tangkapan kes curi di Tesco (tesco mana tak payah aku mention).
Sampai kat tesco, masuk guard room tengok ada satu laki melayu duduk atas kerusi.
Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti gardenia.
Dapat info laki ni curi roti tu.
Nilai roti tak sampai rm10.
3x aku tanya guard tu, "takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak sampai rm10?".
Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan tesco.
So, bawa jugak la laki tu naik kereta.
Dlm kereta aku tanya kenapa curi?
Dia cakap tak ada duit nk beli, curi pun untuk bagi anak dia makan kat rumah.
Terkedu aku dengar. Dia cakap lagi, anak dia dah 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja.
Keropok mamee yang harga 20sen sebungkus tu..
Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah.
Sampai kat balai, guard tu dah sampai dulu sekali dengan roti gardenia 2 bungkus, barang curi tu. Dh depan EO nak buat report.
Kebetulan timbalan ketua balai (AOCS) baru sampai.
Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena maki guard tu.
Tapi guard tu tak boleh buat apa, dia pun cuma ikut arahan atasan dia kata.
AOCS aku suruh call atasan dia datang.
Dalam 20 minit datang 1 pompuan melayu, incharge guard tesco tu
Apa lagi berbakul2 lagi pompuan tu kena maki.
Dah insaf kena maki,
Pompuan tu kata kalau nak settel jugak, laki tu kena bayar 10x ganda dari harga barang yang dicuri.
AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10x ganda nilai roti tu.
Dh selesai urusan, melutut laki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dlm balai.
AOCS aku cakap apa "Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tengah uji aku sekarang, untuk tengok apa aku boleh buat dgn pangkat yang aku ada untuk bantu sama saudara yang tengah susah"
Laki tu baru kena buang kerja kilang.
Bini lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun.
Aocs aku siap bagi duit poket untuk dia survive 2 beranak.
Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari Aocs aku, dia kata dah dapat kerja baru, dia nak bayarkan balik apa yg Aocs aku tolong dia dulu. Tapi Aocs aku dah pindah ke balai di Nibong Tebal.
Sampai sekarang aku ingat apa yg Aocs aku pesan kat aku
"kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tengah uji orang tu, sebaliknya Allah tengah uji kita, Allah nak tengok apa yg kita boleh buat untuk tolong orang susah tu"
Salute kat Aocs aku Sarjan Mejor Shahruddin.
Kredit : Mohd Rosli Wahab
1K - 147
Dia wujud tapi bukan di tanah malaya 🥳
.
YAMAHA RZR135 FULL FERING INDONESIA & TAIWAN 💯
.
#yamaha #rzr #rzr135
246 - 24
Sape yang nak beli RXZ murah ? Ni ada sebijik rm1000 je 😂 kena lah dgn condition dia ye .. korang beli pastu try restore balik tgk brapa modal ! Lepas tu baru korang tahu kenapa harga RXZ mahal 🤧
1 - 0
Tora Tora Japan Datang Lagi 🎌 Api Merah Datang Dengan Saiz M 🔥 RM94,888 .. Mencari Buyer Kental 🥳
2 - 0
Bantu Subscribe Account Baru Gais , Yang Lama Kena Terminated !! Thanks you 😚