Tudung Online JelitaSARA merupakan ilham sepasang suami isteri iaitu Saudari Pn Erven Sarasendy dan Saudara Wan Zaki. Beroperasi secara konsep 'Small Office Home Office' (SOHO), Tudung Online JelitaSARA telah dilancarkan secara officialnya pada 22nd July 2009. Ya, Tudung Online JelitaSARA sememangnya hanya beroperasi secara online 100% dan pada masa sekarang telah pun mempunyai 20 'Authorized Dealer' di seluruh Malaysia. Dengan Konsep Butik secara maya, Alhamdulillah...Tudung Online JelitaSARA telah berjaya membuat penghantaran lebih 200,000++ helai tudung sejak ia di bangunkan dan semua tudung telah selamat di hantar kepada pelanggannya.