Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).
Wakaf yang secara bahasa bermaksud berhenti, membawa definisi penahanan dan pemberhentian hak ke atas mana-mana harta pewakaf daripada sebarang urusan jual beli, wasiat, pewarisan dan hibah, serta diniatkan untuk kebajikan dan manfaat ummah seterusnya mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Justeru, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) tampil dalam memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menyuburkan ibadah wakaf ini melalui produk Wakaf Tunai Malaysia, iaitu berwakaf secara tunai.
Mudah, Pantas dan Praktikal. Layari laman web YWM di www.ywm.gov.my untuk maklumat lanjut atau hubungi kami di 03-8871 0800 untuk maklumat lanjut.