Lembaga Lada Malaysia (MPB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Industri Utama Malaysia dan ditubuhkan dibawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 pada 1 Januari 2007.
Ibu pejabat MPB terletak di Kuching, Sarawak, mempunyai dua buah Pejabat Wilayah iaitu di Johor Bahru dan Kota Kinabalu manakala sembilan buah Pejabat Cawangan terletak di Sarawak.MPB berperanan dalam pembangunan industri lada dari aspek penyelidikan, meningkatkan pengeluaran dan pengembangan lada.
Channel Youtube Rasmi Lembaga Lada Malaysia atau Malaysian Pepper Board diwujudkan untuk berbagi dan berkongsi apa-apa yang berkaitan dengan Industri Lada di Malaysia yang telah didigitalkan sebagai video untuk paparan umum.