HIDUP ORANG BIASA Kami merupakan peniaga gerai burger, usahawan kecil-kecilan.. pekerja kedai runcit.. penghantar makanan dan pelbagai kerja kami lakukan demi kelangsungan hidup..
Perjalanan dalam melayari kehidupan harian kami orang biasa... kami nak kongsikan pelbagai aktiviti dalam mencari rezeki dan survival dalam meneruskan kehidupan secara sederhana.. kegiatan masa lapang.. jalan-jalan.. memasak.. makan-makan dan apa saja perjalanan kehidupan selayaknya orang biasa.
Mencari keredhaan, keberkatan dan kemurahan rezeki, nikmat kehidupan dan hidup menyayangi sesama umat dan alam.. semoga bermanfaat dan menginspirasikan buat anda yang biasa-biasa saja seperti kami..
Semoga kebaikan dan kesejahteraan buat anda yang menonton channel ini.. Terima Kasih