PENGENALAN SEMBANG BASIKAL IS FREE
Channel ini adalah hadiah dari peminat basikal dan larian seperti anda. Segala perkongsian adalah berdasarkan pengalaman pelbagai emosi dan luar biasa dalam dunia berbasikal dan larian.
Nama saya Zulkarnan Abdul (Bro Nan). Jadi marilah bersama-sama berkongsi ilmu dan mencuba sesuatu yang baru dalam dunia berbasikal dan larian sambil mengenali rakan-rakan serata Malaysia dan luar negara yang berkongsi aspirasi dan minat yang sama.
Walaupun anda mungkin tak minat hobi berbasial dan larian sekalipun, nikmatilah pemandangan tempat-tempat yang saya lawati dan gelagat manusia melalui video-video yang mungkin menghiburkan dalam channel ini.
Semua ilmu ini adalah PERCUMA, ikhlas dari saya dan datangnya dari Ilahi. Sebab itulah channel ini dinamakan SEMBANG BASIKAL IS FREE.